About

..:: Pengenalan ::..

Saturday, August 4, 2012

           Selamat pagi dan hai kepada semua.Tanggal pada 4/8/2012,kami pelajar dari UTHM telah diberi projek akhir untuk membina blog ini.Blog ini diberi taju IKS ataupun lebih mesra dipanggil Industri Kecil Sederhana di daerah Batu Pahat,Johor.Blog ini akan dihiasi dengan informasi terkini tentang IKS di daerah Batu Pahat,Johor.Secara amnya,Kumpulan kami terdiri daripada 8 ahli kumpulan.Berikut merupakan ahli-ahli kumpulan kami bagi menjayakan projek tahun akhir.Korang boleh la hubungi kami di Laman Sosial FB page kami disini.Jadi,pada entry yang pertama ini kami ingin mengenalkan diri kami ke dalam dunia IT dan blog ini akan diUpdate dari masa ke semasa.Blog ini akan dipantau dan diselia oleh 8 orang ahli kami dan kami akan sedaya upaya untuk memberi informasi yang terbaru tentang IKS di Batu Pahat.

..:: IKS ::..

          Secara amnya,Industri Kecil Sederhana ataupun lebih dikenali IKS telah lama ditubuhkan.Industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS.IKS juga telah memainkan peranan mereka dalam mencapai wawasan 2020 seterusnya dijadikan asas tulang belakang dalam memenuhi hasrat 2020.Pada tahun 1994 misalnya, IKS terdiri 84.1% dari jumlah keseluruhan pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysia.Jumlah peratusan yang dihasilkan oleh IKS adalah seperti berikut : -

44.2 % = Peluang pekerjaan(Jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan)
48.9 % = Nilai keluaran
31.7 % = Jumlah nilai harta tetap

       Secara umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.Rujuk jadual dibawah untuk perkembangan mengikut tahun dalam peratus : -
 
Sektor/Tahun1970198019901994
Pertanian, Perhutanan dan PerikananPerlombongan dan Kuari
Perkilangan
Pembinaan
Kewangan, Perdagangan dan Insurans
Perkhidmatan Kerajaan dan lain
30.8

6.5
13.4
3.9
21.7

20.2
23.4

5.0
20.5
4.5
20.2

23.6
18.6

9.8
26.9
3.6
19.9

21.7
14.9

7.5
31.4
4.1
23.4

20.9
JUMLAH100100100100
Sumber: Kementerian Kewangan. Laporan Tahunan Ekonomi, (pelbagai isu)

                Manakala jadual dibawah ini pula menerangkan berapa banyak peratus sumbangan IKS dalam industri.

Peratusan Sumbangan1975198519921994
Jumlah Pertubuhan
0 - 49 (Industri Kecil)
50 - 199 (Industri Sederhana)
200 dan ke atas (Industri Besar)
0 - 199 (IKS)
69.1
23.3
7.6
92.4
64.0
28.1
7.8
92.1
56.8
30.1
13.1
86.9
50.2
33.9
14.9
84.1
Jumlah Pekerjaan
0 - 49 (Industri Kecil)
50 - 199 (Industri Sederhana)
200 dan ke atas (Industri Besar)
0 - 199 (IKS)
18.5
29.5
51.9
48.0
16.5
32.9
50.6
49.4
9.3
35.8
54.9
45.1
8.1
36.1
55.8
44.2
Jumlah Nilai Keluaran
0 - 49 (Industri Kecil)
50 - 199 (Industri Sederhana)
200 dan ke atas (Industri Besar)
0 - 199 (IKS)
15.4
32.3
52.3
47.7
9.1
37.6
53.3
46.7
6.9
41.2
51.9
48.1
6.5
42.4
50.1
48.9
Jumlah Nilai Harta Tetap
0 - 49 (Industri Kecil)
50 - 199 (Industri Sederhana)
200 dan ke atas (Industri Besar)
0 - 199 (IKS)
10.6
28.9
60.5
39.5
7.8
23.6
68.6
31.4
5.8
25.4
68.8
31.2
5.6
26.1
68.3
31.7
Sumber: Banci Industri dan Sektor Perkilangan (pelbagai isu), Jabatan Statistik


Peranan IKS terhadap Negara 

Membuka peluang pekerjaan
-IKS menggunakan tenaga buruh yang tersendiri secara insentif
-Bancian yang dilakukan pada tahun 1991 terhadap penggunaan tenaga buruh ialah 100 pekerja keatas
-Jumlah kapital 14% - 50% lebih rendah berbanding dengan industri bersaiz besar

Tabungan kepada ekonomi
-Lebih 70% daripada sumber kewangan dalam IKS berpunca daripada pengusaha/pemilik masing-masing.
-Sumber bahan mentah(mesin,peralatan,pejabat,bangunan,etc.) oleh IKS membantu meningkatkan tabungan kepada ekonomi
-Dapat mengurangkan pembaziran dalam ekonomi tersebut

Latihan kepada pekerja
-Membina latihan daripada pengetahuan/ilmu daripada pengusaha tersebut
-Sebahagian besar pengusaha/pekerja dalam IKS mempunyai taraf pendidikan yang rendah,dengan penyertaan mereka ini dapat menambah pengalaman dan kemahiran dalam meneruskan kelangsungan hidup

Popular Posts

 
IKS Batu Pahat Area (JOHOR) © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions